Tuesday 25 August 2009

ADA APA DENGAN CINTA?

Apa yg saya tulis ini tiada kaitan dengan filem cinta dari seberang itu. Ya, saya mengaku suka sangat menonton filem cinta itu. Jadi ada apa dengan cinta saya ini lain daripada filem itu. Cinta? Kamu semua tahu apa itu cinta tapi sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun suda berapa kali jatuh cinta. Pelik sungguh manusia zaman sekarang, masih ada yang tidak tahu erti cinta sebenar.

Maka tidak hairanlah erti cinta sekarang adalah cinta nafsu-nafsi yang konon2nya sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih. Si perempuan sanggup menanggalkan pakaian, melepaskan maruah dan harga diri di mulut ’sang buaya’ yang sentiasa ternganga. Ya, saya sendiri mengaku tidak tahu apa itu cinta. Pada saya cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, kebencian dan cemburu. Menurut Kamus Dewan, cinta adalah:

    1. perasaan @ berperasaan sangat sayang kepada;
    2. perasaan @ berperasaan sangat berahi;
    3. perasaan @ berperasaan dukacita;
    4. perasaan @ berperasaan ingin akan sesuatu.

Begitu luas sekali maksud cinta.

Disini saya mahu membicarakan tentang cinta insan, antara lelaki dan perempuan. Setuju @ tidak, jika saya katakan lelaki adalah‘kaum’ yang suka menyalahkan kata2 cinta? Apa yang boleh saya katakan di sini adalah pengajaran daripada pengalaman dan kesilapan perhubungan. Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara TOTAL. Kenapa?

Cintailah dia dipelosok mana dia berada, cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun. Tetapi ingat segala-gala sudah tersurat di azali bahawa dia, kekasihmu, belum tentu akan menjadi suami @ isteri kamu. Mudah sahaja, kita merancang Allah yang menentukan. Tidak hairanlah pasangan pengantin yang hanya beberapa minit bakal ditabalkan menjadi suami isteri tiba2 tidak disatukan, bukan?

Cinta pada kaum lelaki umpama bahan permainan & pakaian yang boleh disalin bila2 masa sahaja semahunya. Percayalah, didepan kamu, lelaki mudah melafazkan cinta. Dibelakang kamu si dia mudah melafazkan kata cinta tetapi dengan perempuan lain. Saya benci lelaki yang mudah jatuh cinta dengan ramai perempuan.

Perhatikan skrip dibawah ini:

"Jangan salahkan saya, saya tidak tahu kenapa saya jatuh cinta lagi. Awak kena fahami saya".

Seperti pernah didengar? Tidak hairanlah, kerana ayat ini lazim dituturkan oleh lelaki dengan muka brsalah penuh kasihan mahu meraih simpati. Mahu fahami agar dia diberi peluang memiliki teman wanita kedua.

Saya tidak lagi hairan walau ramai orang mengatakan lelaki semakin pupus. Kemana perginya lelaki? Oh! mereka banyak mendiami pusat2 serenti dan tidak sedikit yang sudah bertukar orentasu seksualitinya (bertukar ke lelaki lembut).

Disekeliling saya banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun2 menyemai cinta. Terdetik di kepala kadangkala, perlukah bercinta jika mahu berumahtangga? Perlukah? Renung2kan lah… Tepuk dada tanya selera…

Akhir kata pada saya cinta adalah- kesetiaan hanya pada seorang,kepercayaan, kejujuran, kenangan, kasih sayang, restu ibu bapa, memahami, kerinduan, kebencian, kemarahan dan seribu macam lagi rasa. Tolonglah hargai nilai dan erti cinta yang sebenar. Jangan sesekali menabur cinta dan janji jika tidak mampu menunaikannya.

No comments: