Sunday 13 September 2009

Lamanya x update...

wah.. lama btl rasanya x update blog aku ni.... huh! x da masa laaa.. almaklumla byk keja yg mo dsiapkan.. :) sebenarnya skrg ni tgk menghitung hari balik kg... 3 bulan tu x balik... rindunya dgn kg halaman.. posa pun tinggal seminggu ja lagik.. sedar x sedar, lagi seminggu nak raya.. cepat lak masa berlalu.. erm... papahal pun... selamat la balik kg, untuk semuanya... :)

Tuesday 25 August 2009

ADA APA DENGAN CINTA?

Apa yg saya tulis ini tiada kaitan dengan filem cinta dari seberang itu. Ya, saya mengaku suka sangat menonton filem cinta itu. Jadi ada apa dengan cinta saya ini lain daripada filem itu. Cinta? Kamu semua tahu apa itu cinta tapi sayang seribu kali sayang masih ramai yang tidak tahu apa itu cinta biarpun suda berapa kali jatuh cinta. Pelik sungguh manusia zaman sekarang, masih ada yang tidak tahu erti cinta sebenar.

Maka tidak hairanlah erti cinta sekarang adalah cinta nafsu-nafsi yang konon2nya sanggup melakukan apa sahaja demi kekasih. Si perempuan sanggup menanggalkan pakaian, melepaskan maruah dan harga diri di mulut ’sang buaya’ yang sentiasa ternganga. Ya, saya sendiri mengaku tidak tahu apa itu cinta. Pada saya cinta itu adalah kasih sayang, persahabatan, janji, ikatan, kesetiaan, kesungguhan, perkongsian, kebencian dan cemburu. Menurut Kamus Dewan, cinta adalah:

    1. perasaan @ berperasaan sangat sayang kepada;
    2. perasaan @ berperasaan sangat berahi;
    3. perasaan @ berperasaan dukacita;
    4. perasaan @ berperasaan ingin akan sesuatu.

Begitu luas sekali maksud cinta.

Disini saya mahu membicarakan tentang cinta insan, antara lelaki dan perempuan. Setuju @ tidak, jika saya katakan lelaki adalah‘kaum’ yang suka menyalahkan kata2 cinta? Apa yang boleh saya katakan di sini adalah pengajaran daripada pengalaman dan kesilapan perhubungan. Mencintai seseorang bukan bermaksud kita memiliki si dia secara TOTAL. Kenapa?

Cintailah dia dipelosok mana dia berada, cintailah dia untuk tempoh mana pun walau jutaan tahun. Tetapi ingat segala-gala sudah tersurat di azali bahawa dia, kekasihmu, belum tentu akan menjadi suami @ isteri kamu. Mudah sahaja, kita merancang Allah yang menentukan. Tidak hairanlah pasangan pengantin yang hanya beberapa minit bakal ditabalkan menjadi suami isteri tiba2 tidak disatukan, bukan?

Cinta pada kaum lelaki umpama bahan permainan & pakaian yang boleh disalin bila2 masa sahaja semahunya. Percayalah, didepan kamu, lelaki mudah melafazkan cinta. Dibelakang kamu si dia mudah melafazkan kata cinta tetapi dengan perempuan lain. Saya benci lelaki yang mudah jatuh cinta dengan ramai perempuan.

Perhatikan skrip dibawah ini:

"Jangan salahkan saya, saya tidak tahu kenapa saya jatuh cinta lagi. Awak kena fahami saya".

Seperti pernah didengar? Tidak hairanlah, kerana ayat ini lazim dituturkan oleh lelaki dengan muka brsalah penuh kasihan mahu meraih simpati. Mahu fahami agar dia diberi peluang memiliki teman wanita kedua.

Saya tidak lagi hairan walau ramai orang mengatakan lelaki semakin pupus. Kemana perginya lelaki? Oh! mereka banyak mendiami pusat2 serenti dan tidak sedikit yang sudah bertukar orentasu seksualitinya (bertukar ke lelaki lembut).

Disekeliling saya banyak pasangan kekasih yang kecundang di alam percintaan walau sudah bertahun2 menyemai cinta. Terdetik di kepala kadangkala, perlukah bercinta jika mahu berumahtangga? Perlukah? Renung2kan lah… Tepuk dada tanya selera…

Akhir kata pada saya cinta adalah- kesetiaan hanya pada seorang,kepercayaan, kejujuran, kenangan, kasih sayang, restu ibu bapa, memahami, kerinduan, kebencian, kemarahan dan seribu macam lagi rasa. Tolonglah hargai nilai dan erti cinta yang sebenar. Jangan sesekali menabur cinta dan janji jika tidak mampu menunaikannya.

Gadis Bijak dan Cemerlang, Usah Teburu-buru Membuat Tanggapan

Untuk permulaan kalinya, dlm blog ini akan membincangkan topik yang mengajak anda semua berfikir sejenak & melihat apa yg b’laku disekeliling kita. Benarkah menjadi bijak & cemerlang adalah ‘musuh’ dalam diam kepada seorang gadis. Ada yang b’anggapan seseorang gadis itu tidak b’teman (lebih rapat tidak mempunyai teman lelaki) krn kecemerlangannya. Ramai yang mengagumi kebijaksanaannya tetapi tidak ramai yang berani mendekatinya.

Lelaki, lebih2 lagi rakan sebaya berasa rendah dr @ segan utk memulakan langkah biarpun ddlm hati ‘terasa sesuatu’. Ini krn gadis bijak sering dianggap serius & fokus terhadap apa jua tindakan yg dlakukan. Mereka dikatakan x berminat kpd cinta & mempunyai kekasih. Semua itu adalah perkara aneh yg blh menjejaskan tumpuan mereka. Begitu sekali ‘label" yg diberikan kpd gadis bijak & cemerlang ini. Betulkah begitu??? Bagi saya, itu adalah anggapan yg t’lalu t’buru2. Sya yakin, biarpun bijak, cemerlang & berjaya dlm sesetengah aspek, mrk jg seperti individu lain yg mempunyai naluri ingin di cinta dan mencintai. Tentu shj mrk yg ingin melalui pengalaman keluar ‘b’dating’ seperti rakan2 lain. Mempunyai kekasih hati, tempat b’manja & b’kongsi crita ttg pelbagai cerita.

Kepada rakan2 lelaki, saya sekadar mahu memberi pandangan. Jangan mudah membuat kesimpulan. Sekiranya sekarang ini kamu telah jatuh hati kepada seseorang gadis yg lbh bijak & cemerlangdrpd kamu, anggaplah perasaan itu suatu anugerah & rahmat drpd Allah. Beranikan diri utk meluahkan perasaan, berilah peluang kpd dr sndr dan sidia. Siapa tahu, mungkin Allah telah mengatur jodoh antara kamu b’dua….